Angeline Chin Ern Qi
0352152
Ketua kumpulan
Pelakon perempuan
E-Portfolio
Penyunting video
Pelukis papan cerita
Penyediaan kertas cadangan
Melalui module ini, saya telah memperoleh banyak sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seseorang individu yang menetap di Malaysia. Melalui video ZOMB1E, saya ingin menunjukkan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain boleh hidup secara aman damai dan saling membantu antara satu sama lain serta apakah faedah yang boleh diperoleh jikalau kita berkerjasama sebagai satu tidak kira bangsa atau kaum.
Melalui projek ini, saya mendapati kemahiran berkomunikasi dengan ahli kumpulan saya dan pengurusan masa perlu diamalkan serta di sampaikan dengan betul. Tanpa komunikasi berkesan niat saya untuk melaksanakan dan meyelesaikan tugasan pada tempoh yang ditetapkan tidak akan dicapai. Selain itu, semasa proses penggambaran kita telah mengambil banyak masa untuk merakam babak kita, walaupun ia seronok kita menghadapi cabaran seperti cara menyolek zombie-zombie kita and juga menghasilkan emosi yang betul semasa lakonan mengikut script.
Cabaran yang paling susah adalah bagaimana saya boleh menyunting video tersebut supaya ia dapat menjolok idea video kami yang bertema “perpaduan”. Serta menambahkan elemen menarik ke dalam video.
Saya berharap video ini dapat memberi mengubah fikiran setiap penonton terutamanya generasi muda agar mereka tidak tergantung dengan sterotaip yang sudah lama ada. Walaupun sterotaip merupakan hal yang amat biasa dalam negara kita, haruslah mengurangkan pandangan tersebut kerana setiap orang mempunyai emosi.
Akhirnya, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini bersama saya dan berharap ilmu ini dapat menarik perhatian dan minat generasi muda agar mereka akan meneroka dengan lebih mendalam tentang topik ini.