top of page
WhatsApp Image 2022-06-20 at 12.56.58 PM.jpeg

Hannah Marissa

​0344581

Pelakon perempuan
Penulis skrip
Penyediaan kertas cadangan

Sepanjang pelaksanaan projek ini, terdapat banyak ilmu baharu yang saya dapat pelajari daripada pengalaman ini. Pertama sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada pihak Taylor's University, pensyarah modul ini, dan juga ahli-ahli kumpulan saya yang telah membolehkan saya untuk mengikuti program ini dan mendapat pengalaman melakukan projek ini.


Dengan projek ini yang berdasarkan tema perpaduan, saya telah banyak belajar tentang maksud sebenar perkataan "perpaduan" itu. Oleh kerana kumpulan kami terdiri daripada ahli-ahli yang berlainan kaum, saya telah mengingati bahawa perbezaan kaum tidak patut menjadi faktor dalam bekerjasama dengan orang lain. Walaupun kumpulan kami merupakan kumpulan yang berbilang kaum, kami tetap menjalankan tugas dengan lancar dan dapat menyiapkan projek ini dengan lengkap.


Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari tentang kerjasama dalam kumpulan walaupun ahlu-ahli kumpulan tidak berada di tempat yang sama. Kebanyakan kerja kami dilaksanakan secara atas talian, tetapi kamj masih dapat menjalankan tugasan dengan lengkap. Setiap seorang diberikan tugasan yang berlainan dan kami semua dapat melakukannya dengan baik.


Di samping itu, saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya terutamanya kepada ahli-ahli kumpulan saya. Mereka telah banyak membantu saya dalam pelaksanaan projek ini, dan telah memberikan petunjuk apabila saya kurang pasti mengenai apa yang patut dilakukan bagi menyiapkan sesuatu tugas. Mereka juga telah menunjukkan semangat kerjasama yang sangat baik walaupun kami banyak melaksanakan tugas secara atas talian, tanpa berjumpa antara satu sama lain. Saya berasa sangat bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang baik hati and sudi menolong saya apabila saya keliru.

​

Akhir sekali, saya telah banyak mempelajari perkara baharu tentang diri saya sendiri juga. Saya telah mendapat tahu bahawa sebelum ini, saya tidak benar-benar mengetahui maksud sebenar perpaduan, terutama sekali perpapduan antara masyarakat yang berbilang kaum. Projek ini telah membolehkan saya untuk belajar tentang perpaduan, dan saya juga berasa sangat bersyukur kerana telah dapat peluang untuk menjalankan tugasan ini dengan kumpulan saya.

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2022 by ZOMB1E. Proudly created with Wix.com

bottom of page