
Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang didiami rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, dan kaum bumiputera yang lain. Inilah yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang unik kerana walaupun kita hidup bersama dengan perbezaan adat, budaya dan agama, keharmonian dan perpaduan yang telah kita capai dapat dirasai sehingga kini. Proses mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini merupakan bukti yang kukuh menunjukkan kesepakatan antara individu berbilang kaum unutk mencapai kejayaan memerdekakan tanah tercinta ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah menerapkan nilai nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia yang telah berjasa terhadap negara kita.
Semangat perpaduan sangatlah penting untuk menjamin kemajuan dan kesejahteraan negara. Sifat prejudis dan dengki terhadap kaum yang lain adalah tali barut yang berpotensi menjatuhkan sesebuah negara dan merupakan cabaran utama negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Akan tetapi, pada era globalissasi ini ramai anak muda yang kian melupakan bahawa perpaduan kaum merupakan aspek penting untuk menjaga keharmonian negara.
Disebabkan itu, kumpulan kami telah mengambil peluang ini untuk memrakam satu video yang dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum supaya dapat disemai oleh para penonton. Kami amat berharap akan video ini dapat memberi impak yang positif kepada penonton dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia supaya negara kita dapat mengekalkan keharmonian dan mengelakkan fikiran prasangka antara masyarakat berbilang kaum.
Kami tergerak hati untuk membuat video parodi yang mengisahkan sekumpulan pelajar di Taylor’s University yang menghadapi serangan zombi. Pada awalnya, kami cuba menunjukkan babak sikap prejudis antara kaum yang kemudiaannya membawa seorang murid keseorangan untuk menghadapi zombi-zombi yang menyerang. Namun, sekumpulan murid yang berlainan bangsa datang untuk menyelamatkan murid yang keseorangan tersebut dan mereka bersama-sama menyelamatkan diri mereka dengan menunjukkan kerjasama yang padu. Nilai perpaduan dan kerjasama di dalam video ini sangat mudah untuk difahami oleh para penonton. Jadi dengan video yang kami telah cipta, idea perpaduan kaum yang dapat menguntungkan semua pihak dapat disemai dalam diri setiap individu.

Objektif
Objektif video pertama
adalah mendedahkan kepentingan perpaduan antara pelbagai etnik dan mempengaruhi penonton video supaya menyedari bahawa rakyat Malaysia haruslah mengetepikan perbezaan kita dan sentiasa memupuk sikap saling membantu semasa sendiri apabila menghadapi masalah.
Objektif kedua
video kami adalah ingin menanan nilai kerjasama dan mengelakkan diskriminasi disebabkan perbezaan yang ada pada setiap etnik tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan.
Objektif terakhir
adalah untuk mendedahkan generasi muda bahawa hubungan etnik memiliki potensi untuk mengatasi cabaran yang dihadapi jika kita berkerjasama sebagai satu di hati dan jiwa
Perancangan Aktiviti
Minggu 1
Pembentukan kumpulan
Sesi pengenalan.
Pemilihan ketua kumpulan.
Pemilihan nama kumpulan dan objektif.
Minggu 2
Perbincangan idea video dan pilihan idea.
Penerangan dan pembahagian tugasan.
Pemilihan tugasan.
Draf susun atur untuk aktiviti yang akan datang.
Minggu 3
Pelukisan papan cerita.
Perekaan skrip jalan cerita video pendek.
Penulisan kertas cadangan projek.
Minggu 4 dan 5
Penulisan kertas cadangan projek.
Menyusun slide presentasi papan cerita.
Penulisan skrip.
Minggu 6
Penyerahan proposal
Sesi perjumpaan
Pengakap kawasan penggambaran video di kampus
Minggu 7 dan 8
Pelaksanaan rakaman
Penyuntingan video
Minggu 9-11
Kempen media sosial
Perekaan E-portfolio
Minggu 12
Pemeriksaan terakhir
Kempen media social
Penyediaan laporan terakhir E-portfolio
Minggu 13
Penyerahan tugasan
Impek Tugasan
Semasa kami menulis kertas kerja, kami telah merancang proses rakaman film dengan permulaan rekaan jalan carita dan papan cerita. Kami telah banyak mempelajari dari projek ini dari segi
Kesimpulan

Dengan ini, ingin kami tekankan bahawa perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia sangatlah penting. Oleh itu, sifat-sifat baik ini haruslah diterapkan di dalam setiap individu tidak mengia bangsa, agama, dan budaya. Kami mengambil inisiatif untuk mencipta video parodi ini sebagai satu peringatan yang mustahak kepada rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, perpaduan dan kerjasama antara kaum haruslah diamalkan agar jurang antara kaum generasi muda yang semakin lama semakin jauh dapat dipulihkan agar dapat memajukan negara dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, sukan, dan politik.
Dengan semangat perpaduan yang kian lama kian pudar di dalam diri rakyat Malaysia, kami amat berharap agar pendekatan yang kami usahakan ini dapat menyemarakkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia. Situasi ini sepadan dengan peribahasa “muafakat membawa berkat”